Bengkel Pembinaan Dokumen Korikulum

Di GIATMARA Prima Ledang Johor

Peperiksaan Kekompetenan Pendawai

Di GIATMARA Keningau Sabah

Bengkel Pembinaan WIM

Di GIATMARA Prima Ledang Johor

Jumaat, 2 Disember 2016

Surat Layang


Dalam zaman teknologi canggih ini, banyak cara boleh kita gunakan untuk menerima atau menyampaikan maklumat. Termasuk juga untuk kita menyebar dan mendapatkan ilmu.
Perkhidmatan pos pun sudah banyak berkurang penggunaannya.
Kalau kita tak berpuas hati terhadap sesuatu perkara atau terhadap seseorang adalah amat mudah untuk kita menyampaikan rasa tidak puas hati tersebut. Cuma kita hanya memerlukan ‘sedikit keberanian’ untuk menyampaikannya.
Dan kita juga perlu bertanggungjawab terhadap setiap apa yang kita lakukan. Apa yang perlu kita takutkan jika kita di pihak yang benar?

Sabda Rasulullah SAW:
“Katakan yang benar walaupun pahit”

Sebab itu budaya surat layang tak patut wujud lagi. Lebih-lebih lagi di kalangan orang yang beriman. Apatah lagi surat layang yang berbau ‘ugutan’ dan fitnah semata-mata.

Budaya surat layang ini sebenarnya menyusahkan orang lain. Selalunya maklumat atau tuduhannya palsu sahaja. Penulisnya biasanya hanya ingin melepaskan geram dan dendamnya terhadap seseorang.
Mungkin juga kerana hasad dengki yang tak mampu di bendung lagi menyebabkan penulisnya tidak dapat memikirkan baik atau buruknya surat layang yang ditulisnya.

Surat layang juga menyebabkan tersebarnya dosa dikalangan komuniti. Orang akan tertanya-tanya siapa yang melakukkannya. Akhirnya berlaku tuduh-menuduh, umpat-mengumpat dan benci-membenci.
Akhirnya boleh menyebabkan perpecahan dikalangan komuniti atau masyarakat.

Tidak salah jika ramai orang yang menganggap seorang penulis surat layang sebagai seorang ‘musuh dalam selimut’ yang pengecut yang cuba memporak-perandakan organisasi atau masyarakat.

Penulisnya biasanya takut untuk bertanggungjawab terhadap apa yang ditulisnya sendiri. Penulisnya tidak merasai bahawa Allah melihat apa yang dilakukannya. Penulisnya juga tidak sedar bahawa dia tetap akan di soal dan di hukum oleh Allah SWT atas perbuatannya yang menyebabkan timbulnya fitnah di kalangan organisasi dan masyarakat.

Ya Allah, jauhi kami dari budaya fitnah-memfitnah dan benci-benci…Amin
Share:

Ruangan Sembang

Recent Posts

Definition List