Bengkel Pembinaan Dokumen Korikulum

Di GIATMARA Prima Ledang Johor

Peperiksaan Kekompetenan Pendawai

Di GIATMARA Keningau Sabah

Bengkel Pembinaan WIM

Di GIATMARA Prima Ledang Johor

Jumaat, 2 Disember 2016

Surat Layang


Dalam zaman teknologi canggih ini, banyak cara boleh kita gunakan untuk menerima atau menyampaikan maklumat. Termasuk juga untuk kita menyebar dan mendapatkan ilmu.
Perkhidmatan pos pun sudah banyak berkurang penggunaannya.
Kalau kita tak berpuas hati terhadap sesuatu perkara atau terhadap seseorang adalah amat mudah untuk kita menyampaikan rasa tidak puas hati tersebut. Cuma kita hanya memerlukan ‘sedikit keberanian’ untuk menyampaikannya.
Dan kita juga perlu bertanggungjawab terhadap setiap apa yang kita lakukan. Apa yang perlu kita takutkan jika kita di pihak yang benar?

Sabda Rasulullah SAW:
“Katakan yang benar walaupun pahit”

Sebab itu budaya surat layang tak patut wujud lagi. Lebih-lebih lagi di kalangan orang yang beriman. Apatah lagi surat layang yang berbau ‘ugutan’ dan fitnah semata-mata.

Budaya surat layang ini sebenarnya menyusahkan orang lain. Selalunya maklumat atau tuduhannya palsu sahaja. Penulisnya biasanya hanya ingin melepaskan geram dan dendamnya terhadap seseorang.
Mungkin juga kerana hasad dengki yang tak mampu di bendung lagi menyebabkan penulisnya tidak dapat memikirkan baik atau buruknya surat layang yang ditulisnya.

Surat layang juga menyebabkan tersebarnya dosa dikalangan komuniti. Orang akan tertanya-tanya siapa yang melakukkannya. Akhirnya berlaku tuduh-menuduh, umpat-mengumpat dan benci-membenci.
Akhirnya boleh menyebabkan perpecahan dikalangan komuniti atau masyarakat.

Tidak salah jika ramai orang yang menganggap seorang penulis surat layang sebagai seorang ‘musuh dalam selimut’ yang pengecut yang cuba memporak-perandakan organisasi atau masyarakat.

Penulisnya biasanya takut untuk bertanggungjawab terhadap apa yang ditulisnya sendiri. Penulisnya tidak merasai bahawa Allah melihat apa yang dilakukannya. Penulisnya juga tidak sedar bahawa dia tetap akan di soal dan di hukum oleh Allah SWT atas perbuatannya yang menyebabkan timbulnya fitnah di kalangan organisasi dan masyarakat.

Ya Allah, jauhi kami dari budaya fitnah-memfitnah dan benci-benci…Amin
Share:

Ahad, 13 Disember 2015

Hari Kelepasan AM Negeri Kelantan 2016

PETUNJUK
Cuti Umum
Cuti Negeri
CUTI BAGI KELANTAN
 BULAN FEBRUARY
08-Feb-16 IsninTahun Baru Cina
09-Feb-16 SelasaTahun Baru Cina
 BULAN MAY
01-May-16 AhadHari Pekerja
21-May-16 SabtuHari Wesak
 BULAN JUNE
04-Jun-16 SabtuKeputeraan YDP Agong
22-Jun-16 RabuNuzul Al-Quran*
 BULAN JULY
06-Jul-16 RabuHari Raya Puasa*
07-Jul-16 KhamisHari Raya Puasa*
 BULAN AUGUST
31-Aug-16 RabuHari Kebangsaan
 BULAN SEPTEMBER
12-Sep-16 IsninHari Raya Qurban*
13-Sep-16 SelasaHari Raya Qurban*
16-Sep-16 JumaatHari Malaysia
 BULAN OCTOBER
02-Oct-16 AhadAwal Muharram*
29-Oct-16 SabtuHari Deepavali
 BULAN NOVEMBER
11-Nov-16 JumaatKeputeraan Sultan Kelantan
12-Nov-16 SabtuKeputeraan Sultan Kelantan
 BULAN DECEMBER
12-Dec-16 IsninMaulidur Rasul*
25-Dec-16 AhadHari Krismas

(*) Tertakluk Kepada Perubahan
Peringatan:
Bagi hari-hari kelepasan yang disenaraikan, sekiranya hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat dan Sabtu) secara berturut-turut, maka hari-hari itu diganti dengan esoknya(satu hari sahaj) dan jika kemudiannya pula sedia menjadi Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan Am.

Share:

Jumaat, 11 Disember 2015

Rahsia Personaliti dan Kesesuaian Kerjaya


Mengikut catatan Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin (Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya) Individu yang tiada kebolehan dalam membuat keputusan mengenai pekerjaan mungkin disebabkan minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada minat sama sekali.
Sebagai pelajar, tidak dapat menjangka dengan baik mengenai personaliti, minat, nilai dan juga kebolehan menyebabkan pilihan yang dibuat tidak sepadan dengan ciri yang dimiliki.
Maka, wujud dilema dalam diri akibat berlaku pertentangan antara potensi diri yang dimiliki dengan pekerjaan yang menjadi minat dan pilihan hati.

Bagi membantu mengatasinya, Teori Perkembangan Kerjaya Holland yang diperkenalkan oleh Holland (1958) dilihat sangat sesuai dijadikan panduan kepada pencari kerja kerana teori ini dapat membantu mengenal pasti potensi diri termasuk personaliti, minat, nilai dan pencapaian individu.
Terdapat hubungan erat antara personaliti dengan persekitaran kerja yang diceburi oleh seseorang individu menurut Holland. Setiap individu akan mencari persekitaran kerja yang sesuai dengan personalitinya.
Kesesuaian antara personaliti individu dengan persekitaran akan menghasilkan kepuasan, kestabilan dan pencapaian dalam bidang kerjaya yang diceburi oleh individu. Malah, kebanyakan kajian Holland dan sarjana lain membuktikan hubungan berkenaan.
Hasil kajian mereka menunjukkan individu yang terbabit dalam bidang kerjaya, berjaya memilih bidang pekerjaan yang selaras dengan jenis personaliti yang dimiliki.
Sehubungan itu, Holland mengelaskan individu kepada enam jenis personaliti iaitu realistik, investigatif, artistik, sosial, keusahawanan dan konvensional yang boleh dikaitkan dengan kerjaya.
Pada ruangan ini diterangkan dua jenis personaliti iaitu realistik dan investigatif merangkumi ciri personaliti, pekerjaan yang sesuai dengan anda dan bidang pengajian diikuti.
Buatlah analisis supaya anda mengenali personaliti diri seterusnya mampu disesuaikan dengan kerjaya impian.
Realistik
Personaliti ini dimiliki oleh individu jenis praktikal. Mereka cenderung menjadi kompetitif dalam kerja yang dilakukan serta terbabit dengan aktiviti yang memerlukan kemahiran fizikal dan kekuatan.
Setiap masalah akan diselesaikan menggunakan pendekatan yang konkrit dan tidak menonjolkan kemahiran verbal dan interpersonal.

Ciri personaliti :
Berterus-terang, praktikal, fokus, mekanikal, gigih, cekal, tahan lasak, stabil, maskulin, berdikari, jujur, pemalu, akur, berpendirian tetap, cermat dan keras hati.
Bidang pekerjaan yang sesuai :
Seni bina, pengurusan hospitaliti, kulinari, kejuruteraan, teknologi maklumat, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan automotif, muzik, farmasi, veterinar, optometri, juruterbang, tukang masak (chef), pereka fesyen, fotografi dan ukur bahan.
Bidang pengajian :
Seni bina, seni bina lanskap, pengurusan hospitaliti, kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan automotif, teknologi maklumat, muzik, farmasi, perubatan veterinar, optometri, juruterbang, masakan, rekaan fesyen, fotografi dan ukur bahan.
Anda adalah individu dalam kategori ini jika memiliki ciri personaliti di atas dan sesuai bekerja dalam bidang yang disenaraikan.
Investigatif
Individu yang mempunyai minat yang tinggi terhadap aktiviti menganalisis, menyiasat atau menyelidik samada secara saintifik atau teknikal. Individu kategori ini adalah seorang pemikir yang fokus kepada sesuatu perkara atau idea yang dilakukan.

Anda adalah individu investigatif jika anda sering sibuk bekerja di belakang tabir untuk menghasilkan sesuatu idea atau ciptaan yang hebat.
Ciri personaliti :
Analitikal, intelektual, teliti, ingin tahu, berdikari, rasional, pendiam, kritikal, tepat, berhati-hati, cekal, introvert, sistematik dan radikal.
Bidang pekerjaan yang sesuai :
Sains komputer, ekonomi, kejuruteraan, matematik, statistik, farmasi, perubatan, pergigian, psikologi, sains perubatan, bioteknologi, sains, kewartawanan, optometri, kejuruteraan dan antropologi.
Bidang pengajian :
Perubatan, pergigian, farmasi, optometri, sains, bioteknologi, matematik, statistik, ekonomi, geologi, sains, sains komputer, psikologi, kejuruteraan, kewartawanan dan antropologi.
Share:

Ruangan Sembang

Recent Posts

Definition List